Pages

Monday 11 March 2013

Oh guru !

Assalamualaikum . 
Selamat pagi semua ..

CikguIda jumpa satu video menarik . Kisah yang terjadi di Mumbai . Betapa mereka sangat memerlukan seorang guru . Bersyukrlah anda mempunyai ramai guru untuk mengajar .

Tetapi mereka kreatif .  


~salamsayangdaricikguida~

Sunday 10 March 2013

Exam .


Assalamualaikum ..
Exam is just around the corner .
CikguIda nak ucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya .

All the best to you my lovely students !
مع  التوفيق و النجاح 




~salamsayangdaricikguida~

Thursday 7 March 2013

~Ilmu~

Assalamualaikum .
motivasi pagi untuk entri kali ini .
CikguIda nak kongsikan pesan dari Imam As-Syafie.

Ingat pesan Imam As-Syafie ni .
^_^


semoga ilmu yang di ajar memberi manfaat kepada semua . InsyaAllah .
A'la kullihal.. Ila lliqa' Ma'assalamah ...
 ~salamsayangdaricikguida~

Wednesday 6 March 2013

10 tips belajar

Assalamualaikum ..
cikguIda tengok pelajar-pelajar cikgu macam kurang bertenaga ..
Jangan cepat mengalah ! Anda boleh ! teruskan usaha ..

Kali ni cikguIda nak kongsikan tips-tips belajar . CikguIda dapat tips-tips ini dari motivator dan jangan terkejut , tips-tips ini juga digunakan oleh beberapa pelajar cemerlang SPM dari Maahad Muhammadi Perempuan .
Ternyata tips-tips ini berguna .

Siapa tak kenal MMP , sila google sendiri .. :)

Let's check it out ..


Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit

Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.



Kedua – Membawa buku ke mana sahaja 

Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.



Ketiga – Gunakan masa awal pagi

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.



Keempat – Buat nota ringkas

Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.



Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya

Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.



Keenam – Mencuba soalan tahun lalu

Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.



Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh

Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.



Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.



Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.



Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan

Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.


Akhir sekali ..

Jangan tinggal solat , sentiasa berdoa, buat baik kepada semua orang disekeliling, paling penting hormat cikgu-cikgi dan kedua ibubapa .

~salamsayangdaricikguida~
adios~~

Koleksi Bank Soalan

Assalamualaikum semua ..
CikguIda godek2 google nak cari koleksi soalan-soalan yang lepas ..

dan jumpa juga .
Blog ni sangat berguna bagi cikgu .
semua soalan lepas terkumpul di sini . 
Sila-sila la tengok  dan cuba download dan jawab soalan-soalan tersebut .

 Klik link ini ---> Koleksi Bank Soalan
Bumigemilang



sehingga jumpa lagi .
-_-

~salamsayangdaricikguida~


Doa Harian

Assalamualaikum
CikguIda n kongsikan sebuah doa yang sangat baik untuk di amalkan .
Doa untuk kedua ibubapa .
Jangan lupa sentiasa baca doa untuk kedua ibubapa .
Pengorbanan kedua ibubapa sangat tak ternilai harganya .

Jasa mereka tak kan mampu kita balas .
dan .. jangan sakiti hati mereka . kerana , redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa .

https://www.facebook.com/HimpunanDoaHarianDoaDalamIslam

Amalkan setiap kali lepas solat .
=_=

~salamsayangdaricikguida~

Sunday 24 February 2013

Rilex jap ..

Assalamualaikum .. 
Hari ni kita rehat-rehat kan minda sekejap . 
Jom belajar bahasa korea besama cikguIda ~~


gambar atas tu adalah abjad-abjad dalam korea . Malaysia guna A, B, C .. 

some word to  learn .~~

Hello : = 안녕하세요 (annyeonghaseyo)

Let's study! := 공부하자! (gongbuhaja!)

 let's talk in English := 우리 영어로 말해요 (uri yeong-eolo malhaeyo)

I'm  a student := 저 학생 (jeo hagsaeng)

Do your best! := 최선을 다하세요! (choeseon-eul dahaseyo!)

senior = 선배님 (seonbaenim)

Pizza forever = 피자 포에버 (pija po-ebeo )

It was GOOD! (delicious) := 맛있었어요! (mas-iss-eoss-eoyo!)

buy me some food(meal) please := 밥 좀 사주세요 (bab jom sajuseyo)

Happy Birthday! := 생일 축하해요! (saeng-il chughahaeyo)

that's all for today ..
krriinnggg ~~ masuk kelas jom . !!

Monday 28 January 2013

Assalamualaikum ...

Assalamualaikum .

Alhamdulillah , syukur di atas kelahiran blog ini . Ini adalah salah satu medium kepada cikguida dalam proses P&P . Blog ini disediakan khusus buat anda semua untuk menambah ilmu selain apa yang diajar di dalam kelas .  

Sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh di ajukan terus di sini . cikguida harap blog ini akan membantu semua untuk lebih memahami apa jua tugasan yang di berikan . 

See you later . bye . Assalamualaikum . 
~Have a good day~